Cukup berdikari, anjing pintar ini naik bas sendiri setiap hari untuk ke taman

Animal Entertainment Lifestyle

Bukan manusia sahaja yang pandai hidup berdikari rupanya. Di Seattle, seekor anjing hitam bernama Eclipse akan meninggalkan rumah tuannya bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Sumber mengatakan bahawa anjing betina itu keluar daripada rumahnya setiap hari untuk ke taman yang terletak di kawasan bandar Seattle. 

Youtube

Sungguh mengagumkan apabila Eclipse akan menaiki bas, sama seperti kebanyakan manusia yang tinggal di kawasan berdekatan.

Setiap hari, Eclipse dilihat menunggu di hentian bas berdekatan rumahnya. Apabila bas tiba, Eclipse akan naik dan sudah pasti ‘disambut’ dengan girang oleh para peminatnya.

Youtube

Ya, Eclipse mempunyai peminatnya sendiri, bukan hanya di persekitarannya bahkan di laman media sosial juga. Hebat juga Eclipse, bukan?

Sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh anjing pintar itu ternyata dikagumi oleh ramai orang. 

Youtube

“Eclipse akan menaiki bas menuju ke taman, di mana Eclipse menghabiskan masa beberapa jam untuk ‘bersenam’ dan bersosial dengan anjing yang lain”

“Kemudian, Eclipse sekali lagi akan menaiki bas untuk pulang semula ke rumahnya. Anjing itu turut memiliki pas bas khas yang disangkutkan pada kolarnya”, cerita seorang penduduk.

Youtube

Menurut tuannya, Jeff Young, Eclipse mula pandai berdikari dengan menaiki bas sendiri bermula pada tahun 2015.

Ketika itu, Jeff mengambil masa yang agak lama untuk merokok, membuatkan anjingnya itu tidak sabar lalu menaiki bas sendiri untuk pulang ke rumah.


Sepulangnya Jeff di rumah, dia mendapati bahawa anjing kesayangannya itu sudah selamat berada di rumah mereka.

Semenjak daripada itu, ia menjadi rutin harian Eclipse dan langsung tidak bergantung lagi pada Jeff jika mahu menaiki bas.

Hampir seminggu sekali Jeff akan menerima panggilan mengatakan. “Hai, saya bersama anjing anda sekarang…”

Jeff terpaksa menjawab bahawa Eclipse sememangnya dalam keadaan yang baik dan tahu apa yang sedang dilakukannya.

Dengan kebijakan yang dimiliki, Eclipse berterusan membawa keseronokan kepada orang lain yang turut menaiki bas bersamanya.

Eclipse juga membuktikan bahawa dirinya merupakan anjing yang pandai berdikari dan tahu untuk bergerak sendiri. Hebat bukan?