Wanita kongsi hasil kerja tangan rak pasu dan kerusi guna kayu palet, barulah tak jemu mata memandang

Inspired Lifestyle

Akhir-akhir ini, penggunaan kayu palet sering menjadi pilihan ramai di antara kita untuk menghiasi kediaman masing-masing. Ada yang dibuat menjadi katil, rak, kerusi, meja dan pelbagai lagi.

Kayu palet ini sememangnya unik dan mampu menjimatkan kos berbanding dengan membeli perabot yang baru namun haruslah rajin menghasilkannya, bukan?


Seorang wanita yang menggunakan nama akaun Mizah Ngatiman pada 26 Julai lalu ada berkongsi beberapa hasil dekorasi yang dihasilkan sendiri secara DIY daripada kayu palet.

Menurutnya, projek menghasilkan rak pasu dan kerusi berkenaan sebenarnya dimulakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan disambung hingga ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tambah Mizah, palet kayu yang berasal daripada kayu pokok pinus tersebut dibeli sebanyak 10 bongkah.

Setiap satu bongkah kayu palet berkenaan hanya berharga RM5 sahaja. Ia bahkan turut dihantar oleh penjual menggunakan lori sehingga ke hadapan rumah Mizah. Siap disusunkan lagi.

Kerja tangan seperti ini memerlukan masa walaupun kelihatan mudah. Jika terdapat panduan, maka lebih cepatlah rak dan kerusi daripada palet ini dapat disiapkan.

Lihatlah hasilnya…..

Wanita tersebut juga berkongsi bahawa idea reka bentuk rak pasu dan kerusi berkenaan hanya mengikut cita rasa dia dan suaminya sahaja.

Namun ada juga mereka merujuk kepada beberapa bahan dekorasi yang lain sebagai panduan.

 

Kerja tangan dia dan suami ternyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Mizah sempat berkongsi bahawa di masa akan datang, mereka mahu membina rak kasut dan rak di ruang cucian pakaian pula.

Memang cantik hasil kerja tangan mereka. Sebenarnya banyak sahaja idea yang boleh anda godek-godek di internet. Hanya perlu rajin dan kesungguhan sahajalah ya!