Sengaja mengeraskan diri kerana tidak mahu dipeluk, telatah kucing hitam ini buat ramai yang tergelak besar

Animal Entertainment

Haiwan peliharaan sememangnya banyak ragamnya. Ada yang sentiasa aktif, ada yang terlebih manja dan ada juga yang suka menyendiri. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun mengganggunya dan dia juga tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Jika ada yang mahu mendekati atau bermanja-manja dengannya dia tetap tidak peduli.

Itulah sifat si hitam ini apabila dia berkeras tidak mahu memeluk atau dipeluk oleh tuannya. Walaupun usianya sudah mencecah 13 tahun namun dia sepertinya masih tidak biasa dimanjakan. Dia juga kelihatan memang tidak suka memeluk tuannya dan sanggup mengeraskan diri apabila tuannya mahu memeluknya.

 

Twitter

Gelagat si hitam ini telah diceritakan sendiri oleh tuannya, @itmnnnnn di laman Twitter miliknya. Menurutnya dia mempunyai beberapa ekor kucing lain namun si hitam ini kelihatannya agak pelik berbanding kawan-kawannya yang lain. Kalau yang lain boleh sahaja bermanja atau mendekatinya seperti biasa namun si hitam ini nampaknya tidak suka untuk dipeluk langsung.

Twitter

Lihat sahaja gambar-gambarnya. Si hitam ini sanggup mengeraskan badannya menjadi lurus seperti papan apabila didukung oleh tuannya. Reaksi mukanya juga jelas menunjukkan yang dia memang tidak berpuas hati dan mahu lari dari situ. Nampaknya dia memang betul-betul degil dan tidak mahu dipeluk!

Twitter

Telatah si hitam ini telah menarik perhatian netizen di Twitter. Ramai yang terhibur dengan telatah lucu dan selambanya. Sehingga kini status tersebut telah menerima lebih daripada 90,000 ‘like’ dan telah diulang kicau lebih daripada 40,000 kali di laman sosial itu.