Langkah berjalan pun mahu sama dan seiring, gelagat comel dua ekor kucing yang sangat rapat buatkan ramai yang cemburu

Animal Entertainment

Pasti ramai antara kita yang memiliki kawan rapat yang baik. Ada yang mula berkawan sejak di bangku sekolah. Ada juga yang berjumpa dengan kawan sejati ketika zaman kanak-kanak lagi. Memiliki kawan yang memahami pastinya menyeronokkan kerana kita ada seseorang yang boleh dijadikan tempat mengadu.

Bukan hanya kita yang seronok memiliki kawan baik malah haiwan seperti dua ekor kucing ini juga nampaknya mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka berdua kelihatan begitu rapat dan erat sekali tidak seperti kucing-kucing lain.

Tidak tahu bagaimana atau mengapa mereka kelihatan begitu serasi. Jika dilihat dengan gaya berjalan pun nampaknya seperti mereka sukar untuk dipisahkan. Mana tidaknya, jalan pun mahu seiring dan sentiasa bersama. Kedua-duanya juga seakan-akan tidak mahu berjauhan antara satu sama lain!

Bagi yang menonton video ini, anda jangan cemburu dengan mereka pula ya!