Jika ditanya kepada golongan wanita apa yang mereka mahukan di dalam rumah, pasti ramai yang menjawab mereka mahukan dapur yang luas, selesa dan lengkap dengan semua peralatan memasak. Mendapatkan dapur yang sesuai dengan cita rasa mereka pasti merupakan impian yang mahu direalisasikan.
Namun begitu, adakalanya susun atur atau dekorasi yang dimahukan memakan belanja yang tinggi. Jadi, bagi yang pernah mahukan dapur idaman seperti ‘kitchen island’ anda sebenarnya tidak memerlukan bajet yang mahal.
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak?
Takpe, DIY sajee 😁Semua ni i buat sendiri and beli from Ikea. Total dlm rm300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm 😬 pic.twitter.com/XTTneFj6al
— HY (@yatt_azml) July 9, 2020
Idea mengenai ‘kitchen island’ dengan bajet yang rendah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @yatt_azml yang telah menunjukkan bagaimana dia mampu mendapatkan dapur yang diingini.
Apa yang dilakukan ialah dengan membeli perabot yang diperlukan dari Ikea dengan bajet yang rendah. Dengan gaya DIY mengikut cita rasanya sebuah dapur berkonsepkan ‘kitchen island’ akhirnya berjaya disiapkan. Walaupun ruangan dapur agak terhad namun semua perabot yang ada nampak kemas, terusun dan apa yang paling penting tidak mengganggu laluan.
Bagi yang tertanya-tanya tentang bejet yang perlu disediakan anda tidak perlu risau kerana jumlah yang dibelanjakan sangat berpatutan dan tidak mahal. Apa yang perlu dibeli ialah hanyalah empat jenis barang sahaja yang jumlahnya kurang daripada RM500.
Adalah sangat berbaloi untuk anda yang mahukan dapur seperti ini. Anda tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit malah dengan idea yang bernas anda boleh dapatkan dapur idaman dengan bajet yang rendah. Apa yang penting ialah anda bijak dan kreatif menggunakan barang yang ada di dalam ruang yang terhad.
Yg tanya bakul tu i beli dari mana, it’s from ikea too. pic.twitter.com/2OtCq4bMPA
— HY (@yatt_azml) July 10, 2020
Jadi, untuk anda yang sememangnya pernah mengimpikan konsep dapur seperti ini sudah tiba masanya untuk anda bertindak!