Abang Food Panda tarik perhatian netizen, hantar makanan bersama-sama anak patung panda comel di badan

Inspired Lifestyle

Ketika musim PKP ini, perkhidmatan penghantaran makanan seperti Food Panda adalah antara perkhidmatan yang paling mendapat perhatian di media sosial. Di kawasan bandar-bandar utama, kita boleh melihat sekumpulan pekerja-pekerja penghantaran makanan ini di atas jalan raya tidak kira panas mahupun hujan demi memastikan kita semua mendapat makanan yang telah dipesan dalam kadar segera. 

Pixabay 

Mungkin ada segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan anak muda untuk menceburi bidang tersebut namun hakikatnya, tidak kiralah apa jua jenis pekerjaan, asalkan ianya daripada sumber yang halal disertakan dengan keikhlasan kita dalam bekerja, kita pasti akan memperoleh ganjaran yang besar kelak. Apa yang penting, kita ikhlas dalam bekerja dan mempunyai minat dalam sesuatu pekerjaan. 

Seperti abang Food Panda yang baru-baru ini mendapat perhatian meluas di media sosial apabila gelagatnya yang mengenakan pakaian rasmi Food Panda sambil ‘ditemani’ oleh beberapa anak patung panda mencuit hati para netizen. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Fifieys_, pemuda berkenaan dilihat mengenakan sekitar enam anak patung panda sambil memakai beg galas yang juga bertemakan panda ketika menunaikan tugasnya. 

Twitter

Bukan sahaja itu, pemuda ini turut memakai topeng pelitup mulut yang mempunyai corak panda! Comelnya! Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian mengenai pemuda berkenaan telah meraih hampir 19,000 ulang kicau dan 34,000 tanda suka. Majoriti netizen memuji semangat dan kecomelan pemuda yang dipercayai berasal dari Muar ini yang berjaya menarik perhatian orang ramai menerusi kreativitinya. 

Twitter

“Pandai dia tarik perhatian pelanggan dengan idea sendiri”.

“Semangat inilah yang dikatakan menikmati pekerjaan yang dilakukan”.

“Dekat mana nak dapat beruang merah jambu yang comel ini?”.

Semoga pemuda ini akan terus komited dalam berbakti kepada rakyat Malaysia. Terima kasih abang Food Panda kerana menceriakan hari kami!