10 makanan dan pencuci mulut terbaik dari Family Mart yang wajib anda cuba

Lifestyle

Sebut tentang Family Mart, pasti ramai yang akan mengingati kelazatan oden yang dahulunya pernah tular di seluruh internet. Sehingga kini, oden masih lagi menjadi pilihan utama kebanyakan pelanggan yang pernah datang atau baru hendak mencuba merasai keenakan oden di Family Mart. 

Tetapi tahukah anda, Family Mart bukan sekadar menjual oden sahaja. Ada banyak lagi pilihan makanan dan minuman lain yang turut didapati di kedai serbaneka ini. Antaranya seperti kek, minuman sejuk, aiskrim, pastri dan macam-macam lagi! Senang cerita, Family Mart adalah salah satu premis yang menjual hidangan ‘on the go’ sesuai dengan gaya hidup masyarakat zaman kini terutamanya di kawasan bandar. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @AiniHadid telah berkongsi beberapa produk Family Mart yang pernah dicuba olehnya. Jadi, mari kita lihat menu-menu terbaik yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai di Family Mart. 

#1 Seafood Cheese Baked Rice (RM10.90)

Twitter

Menurut @AiniHadid, ini merupakan salah satu menu kegemarannya kerana keenakan dan kelazatan rasa keju yang cair di mulut. Enak dimakan ketika panas dan sebekas hidangan ini boleh dimakan untuk dua orang!

#2 Sofuto (RM2.90)

Gambar Hiasan | Instagram – all_day_rotiputih

Sofuto adalah aiskrim lembut yang turut menjadi pilihan utama pelanggan Family Mart selain oden. Terdapat dalam pelbagai perisa namun antara yang terlaris adalah perisa teh hijau dan french vanila. Aiskrim yang bukan sahaja lembut ini turut dihidangkan bersama dua pilihan perisa kon aiskrim iaitu original atau coklat. 

#3 Cheese Mochi Bun (RM5.50)

Mochi yang dilengkapi dengan rasa keju masin ini menurut @AiniHadid tidak begitu kena dengan citarasa dan seleranya. Namun, lain orang lain selera. Anda boleh cuba dahulu rasai Cheese Mochi Bun ini, mana tahu ianya cukup sempurna untuk citarasa anda. 

#4 Salmon Cream Cheese Onigiri (RM4.50)

Twitter

Onigiri adalah nasi kepal yang dibalut dengan kepingan rumpai laut kering. Rasa nasi bersama ikan salmon dan keju krim yang sedikit masin sangat sesuai dimakan terutamanya ketika masih panas. Barulah rasanya bergabung dengan sebati. 

#5 Spicy Syiok Onigiri (RM4.20)

Twitter

Produk ini merupakan antara produk Family Mart yang terlaris di pasaran. Keenakan rasa nasi yang pedas dikatakan amat menepati dengan citarasa rakyat Malaysia. Namun, jika anda bukan peminat tegar makanan pedas, mungkin anda perlu cuba produk yang lain. 

#6 Cottage Cheese Original (RM4.50)

Twitter

Keju yang lemak berkrim ini adalah pelengkap kepada Spicy Syiok Onigiri tadi. Ianya dapat melegakan rasa pedas pada lidah kerana teksturnya yang bukan sahaja lembut bak sutera tetapi juga cair di mulut. Terliurnya!

#7 Mini Basque Burnt Cheesecake (RM4.50)

Twitter

Kek keju bakar semakin menjadi pilihan ramai dan anda pasti akan puas hati dengan kelembutan rasa kejunya. Sekali beli, pasti nak lagi!

#8 Hanjuku Cheese Original (RM3.90)

Twitter

Kek keju lembut ini mempunyai tekstur yang sangat gebu dan padat dengan rasa keju! Sesuai dimakan ketika sejuk dan saiznya yang kecil ini pasti membuatkan anda ketagih untuk menikmatinya. 

#9 Parmesan Chicken Slice (RM3.80)

Family Mart

Siapa yang tidak suka keju bukan? Produk roti berperisa keju parmesan yang membaluti kepingan ayam ini mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. 

#10 Matcha Roll Cake (RM9.30)

Family Mart

Kek gulung berperisa teh hijau yang sangat sedap. Apa sahaja yang berkaitan dengan teh hijau, pasti akan menjadi rebutan orang ramai. Keunikan rasa teh hijau di dalam kek gulung ini merupakan penyebab mengapa produk ini sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan.