Tamandua, pemakan semut yang suka menakutkan musuhnya tetapi selalu gagal kerana rupanya terlebih comel

News

Toto-kun, si comel daripada spesies anteater ini agak canggung tetapi kekal mesra kerana dia agak comel.

Haiwan ini sering berkata bahawa kemahiran utamanya adalah menakut-nakutkan orang lain, namun kerana ukurannya itu, dia nampaknya kelihatan agak bersemangat dan terlebih comel daripada menakutkan.

Makanan kegemarannya adalah semut dan kadangkala anai-anai atau ulat yang dia ingin memasukkannya ke dalam menu biasa.

Pergelangan tangan, bibir, separuh bahagian bawah badannya dan belakang bahunya berwarna coklat gelap, sementara selebih bahagian tubuhnya berwarna krim cair.

Dia secara khusus adalah spesies anteater ‘Southern Tamandua’ yang juga digelar ‘lesser anteater’ berdasarkan ciri-ciri ini.

‘Southern Tamandua’ atau tamandua selatan adalah spesies anteater yang unik. Haiwan ini juga digelar ‘lesser anteater’ kerana dia lebih kecil berbanding anteater gergasi yang lain. 

Penampilan ganjil pada anteater ini sangat bermanfaat baginya, memandangkan habitat semulajadinya di dalam hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Selatan. 

Ketika memakan semut, rerambutnya yang kerinting melindungi tamandua daripada semut berang menggigit yang berusaha untuk mencapai kulitnya.

Kaki depan tamandua selatan memiliki 4 jari kaki, di mana jari kaki ketiga memiliki cakar yang sangat panjang, kerana itu tamandua harus berjalan dari tepi luar kaki depannya agar tidak menikam kaki dengan cakarnya sendiri.

Anteater bersifat endemik ini berasal dari Amerika Selatan, ditemui di dalam hutan di Venezuela, Trinidad sehingga ke utara Argentina, selatan Brazil, dan Uruguay.

Habitat pilihan tamandua selatan adalah kawasan hutan hujan tropika, savana, dan semak berduri. Haiwan ini juga sering dijumpai di kawasan daratan berhampiran sungai dan paya yang ditumbuhi tanaman merambat atau tumbuhan menumpang epifit.

Apabila tamandua berasa terancam, dia akan mengangkat kedua belah kaki depannya sambil menunjukkan cakaran atau kuku tajamnya seperti mahu menakutkan, namun ia menjadi terlalu comel untuk dilihat.

Kecomelan anteater menakut-nakutkan orang yang turut menjadi inspirasi dalam salah satu karakter kecil permainan telefon pintar ‘Kemono Friends’ dari Jepun iaitu ‘Southern Tamandua’ (Minami Koarikui).

Tonton video dibawah: