“Rocco, turunkan ekor kamu!” Ahli parlimen tegur kucingnya yang mencelah semasa sidang parlimen dalam Zoom sedang berlangsung

News

Kucing oren sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka meraih perhatian dan membuat kacau tidak mengira situasi walaupun pada ketika itu mesyuarat peringkat parlimen sedang berlangsung.

Seekor kucing oren bernama Rocco milik Ahli Parlimen (MP) United Kingdom John Nicolson tiba-tiba mencelah di hadapan sidang Zoom ketika beliau sedang membincangkan mengenai masa depan perkhidmatan penyiaran awam.

Haiwan peliharaan itu tiba-tiba dilihat berkeliaran semasa pertemuan maya menggunakan aplikasi video Zoom dengan Ketua Pegawai Eksekutif ITV serta beberapa ahli media lain.

Jawatankuasa Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan United Kingdom bertemu secara maya pada hari itu ekoran pandemik untuk membincangkan isu negara yang serius apabila Rocco si kucing oren membuat penampilan ‘impromtu’ yang sungguh melucukan.

Ahli Parlimen SNP John Nicolson sedang berbicara dengan Dame Carolyn McCall, Ketua Pegawai Eksekutif ITV mengenai masa depan perkhidmatan penyiaran awam negara selepas krisis kesihatan pandemik.

John Nicolson bertanya kepada Dame McCall, mengapa sari kata tidak diletakkan dalam program televisyen secara wajib memandangkan ia terbukti dapat meningkatkan tahap literasi di kalangan kanak-kanak, dan tanpa disangka tiba-tiba ekor oren muncul di hadapan skrin komputer.

“Oh! minta maaf bagi pihak kucing saya…” kata Ahli Parlimen Nicolson.

Membuat semua ahli Zoom yang berada dalam mesyuarat jawantankuasa itu secara spontan tergelak.

Pada mulanya, Ahli Parlimen Nicolson berusaha untuk mengabaikan Rocco dan berpura-pura buat tidak tahu, tetapi kemudian MP itu akhirnya memukul Rocco sambil berkata, “Rocco, turunkan ekor kamu!”

Penampilan cameo terbaru membabitkan Ahli Parlimen Britain yang sungguh melucukan, dan ia bukan kali pertama pernah berlaku.

Tonton video di bawah: