Senyuman yang memikat, anjing ini miliki senyuman sempurna setelah memakai gigi palsu pemiliknya

Entertainment Lifestyle

Umumnya, gigi palsu sudah dicipta semenjak awal abad ke-7 lagi dan ia merupakan alat perubatan yang sangat berguna. 

Gigi palsu bukan hanya membantu manusia untuk mengunyah malah menambah baik kemampuan manusia untuk bercakap.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi sokongan untuk struktur wajah. Ada gigi barulah cantik, bukan? Tetapi nampaknya gigi palsu juga menjadi sumber hiburan buat kita semua.

Mana tidaknya, ada sahaja foto haiwan misalnya anjing yang ‘mencuri’ gigi palsu milik tuan mereka lalu memakainya. Hasilnya sudah pasti membuat kita semua berdekah.

Foto lucu ini dikongsikan menerusi akaun pengguna Facebook iaitu 李有, di mana ia jelas menunjukkan barisan gigi pada seekor anjing yang kemas dan tersusun.

Rupa-rupanya, itu bukanlah giginya yang asli! Menurut pengguna itu, dia mendapati bahawa gigi palsu milik neneknya tidak ditemui. Mungkin tercicir di mana-mana.

Setelah itu, pengguna tersebut berkongsi kisah bagaimana dia secara tiba-tiba digigit manja oleh anjing miliknya itu.

Pada ketika itulah dia perasan bahawa terdapat sesuatu yang ‘aneh’ di dalam mulut anjing berkenaan. Pandai ya curi!

Sekali toleh, mungkin tiada siapa yang perasan akan barisan ‘gigi’ anjing tersebut. Setelah dibelek, barulah tahu ianya gigi palsu.

Macam-macam hal. Apa pun, foto berkenaan ternyata sangat berharga dan sudah cukup untuk mengukir senyuman buat individu yang menyaksikannya.