Nasi minyak atau hujan panas begitu sinonim dengan majlis kahwin sehingga kadang kala membuatkan kita berasa teringin untuk menikmatinya, lebih-lebih lagi apabila tiada majlis perkahwinan berlangsung.
Namun kini terdapat banyak restoran dan kedai makan yang menyediakan hidangan nasi berkenaan beserta lauk pauk kenduri untuk orang ramai nikmati sungguhpun tiada majlis kahwin. Tidak perlu gusar lagi.
Akaun rasmi Rapid KL pada 9 Julai lalu ada berkongsi satu lokasi atau kedai makan yang menyajikan nasi kenduri istimewa iaitu Nasi Kahwin Hari-Hari yang terletak berdekatan dengan sebuah stesen MRT.
Teringin makan nasi kenduri kahwin sendiri tapi tak jumpa jodoh lagi? Jangan bersedih kerana Jep pun sama, masih sendiri merenung masa depan yang nampak sipi-sipi. Untuk gembirakan hati, jom ikut Jep merasai keenakan Nasi Kahwin Hari-Hari yang terletak berhampiran Stesen MRT. pic.twitter.com/W3WkRQR1i6
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) July 9, 2020
Perkongsian tersebut dibuat oleh pentadbir akaun berkenaan yang lebih mesra disapa sebagai Jep, di mana seseorang itu perlu menaiki MRT menuju ke Bukit Bintang untuk pergi ke kedai berkenaan.
Menurut Jep, seseorang itu perlu keluar melalui Pintu F (Jalan Sultan Ismail) untuk ke gerai makan tersebut yang dibuka seawal jam 10 pagi setiap hari Isnin hingga Sabtu.
Untuk pengetahuan anda, gerai Nasi Kahwin Hari-Hari menyediakan tiga jenis menu iaitu Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam dan juga Ayam Rose Terangkat. Terliur dibuatnya!
Hidangan tersebut turut disertakan bersama kuah dalca Utara, acar dan papadom. Kelazatannya tidak boleh disangkal dan cukup menyelerakan.
Harga set hidangan lengkap hanya RM8, percuma minuman yang boleh diisi semula.Sungguh berbaloi!
Sesudah makan, pelanggan juga boleh menikmati hidangan ais batu campur (ABC) yang sungguh menyegarkan dan semestinya sedap. Harga untuk ABC pula hanya sekitar RM3 sahaja. Murah bukan?
Pendek kata, anda patut cuba sendiri rasai keenakan hidangan Nasi Kahwin Hari-Hari. Untuk lebih memudahkan, naik sahaja MRT agar anda tidak susah mencari tempat letak kereta kelak.
Tambah Jep lagi, pengikut Rapid KL juga layak menerima diskaun istimewa untuk hidangan ABC. anda hanya perlu tunjukkan sahaja poster di bawah ini :
ABC di sini juga tidak kurang enaknya, memang ‘on’ bila makan ketika cuaca panas seperti sekarang. Mana lagi nak dapat ABC berharga RM3 di tengah ibu kota ni? Hanya di Nasi Kahwin Hari-Hari ini! Apa lagi, anda kena datang dan cuba sendiri makanan di sini (pastikan naik MRT). pic.twitter.com/BeZl2MhfZS
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) July 9, 2020
Oh ya! Khas untuk ‘followers’ Rapid KL, ada diskaun istimewa untuk anda dalam gambar terakhir untuk ‘post’ ini. Jumpa lagi untuk tempat makan menarik #rapidklsupportlokal akan datang!#rapidkl pic.twitter.com/k0UVDHrj0A
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) July 9, 2020
Apa tunggu lagi, jom kita serbu!